Selasa, 29 September 2015

HOBI SUAMI KU

ASSALAMMUALAIKUM...

     Tetiba rasa macam nak update tentang minat suamiku.. nak update makanan aku tak reti masak. Jadi update lah tentang minat suamiku. Aku mengenali suami ketika itu dia hanya mengunakan motor honta ex5, mat rempit katakan. Suami ku membeli kereta selepas kami bertunang. kereta masa baru-baru kuar kedai warna hitam. wira standent. itu ajer suami ku mampu. 
Wira Libero (sekarang dah tukar bonet evo)

  Orang kata jiwa muda, macam-macam dia buat kat kereta tue. mula-mula dia tukar bodypart lancer. lepas tue dy tukar cermin belakng ade wiper. Stop sekejap dari beli barang kereta sebab nak kawen.
Wira Evo III

     Ingat lepas kawen stop, dia sambung balik minat dy. Dia tukar lagi bodypart Evo III, harga dia boleh tahan jugak 2.3k jugak. Nasib lah dia dapat bini yang sporting. lantak lah nak buat apa kat kereta tue. janji jangan lupa tanggungjawab dy. 1 lagi jangan nak merahsia beli barang kereta. Masa beli bodypart nie aku siap temankan dy g hulfcut gi tukar body. bila dah tukar kenelah tukar colour body, sebab dah capok-capok. white lah jadi pilihan dy. Kemudian dy buat keje giler lagi. 1 bulan yang sama, dy beli dasboard aku tak pasti model apa. 

Wira Se

          Kemudia dia tukar selera pulak. Nak pancen katanya. abish dia jual bodypart Evo III. Sendih aku.. sebab aku suka giler bodypart Evo III. sebab nampak garang. tapi bila dy cakap nak cuci tangan tue. aku tak boleh cakap apa lah.


Wira Evo II
     Rupa-rupanya cuci tangan dia sekejab jerk. Sudah ku duga dy tak akan kekal nak pakai standent. Dia akan panas bontot punyer tengok geng2 dia pakai bodypart. dia hanya mampu bertahan 2bulan jerk. terus call member dia suruh carikan bodypart Evo II, aduihai Suami ku... layankan jerk lah...


Wira Lancer

       Pakai Evo II setahun setengah, suamiku berubah angin kepada Lancer balik. tpi lancer nie lebih smart ckit.. ada pulak yg mengajak dia pakai libero. dah pulak berangan-angan nak pakai libero. 
Wira Libero
    Nie lah bodypart sekarang dia pakai. Tak tahu lepas nie dia nak pakai apa pulak. Kalau dah minat kita tak boleh nak cakap apa. Nak beli kereta baru memang belum kemampuan lagilah.. Yang ada nie pon dah bersyukur. Lagi pon aku tengok suami ku tak ada minat pada kereta lain jerk. walau apa pon aku tetap sokong minat dia..Beli lah apa yang dia rasa nak beli (janji jangan mintak aku duit sudah) event ker TT ker ak memang tak minat nak join. pergi lah dia janji pandai bawa status sebagai suami orang. 


*budak baru belajar*


Selasa, 22 September 2015

SAFI TETAP DIHATI KU...



ASSALAMMUALAIKUM... 


Produk apa yang menjadi pilihan anda? Sekarang di pasaran sudah bermacam-macam produk seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saya tidak pernah pulak mencuba. Takot kalau tak serasi muka lagi teruk.. (dah lah muka memang tak cantik) Saya seorg yang sangat simple. Seperti gambar di atas make up yang wajib saya pakai. pencuci muka & tonner tidak ada dalam gambar.

Saya mengunakan produk safi sejak saya pregnant anak sulong 7tahun yang lepas. Tapi dulu saya hanya mengunakan safi krim kecantikan lidah buaya ngan pencuci muka gamat sahaja. kawan yang mensyorkan


PENCUCI MUKA GAMAT
KRIM KECANTIKKAN
Setelah 4tahun mengunakan produk safi lidah buaya. Saya bertukar lagi.tpi masih lagi dari Safi. Ketika saya mengunakan nie sebenarnya saya tidak nampak apa-apa perubahan. Tapi saya nie jenis setia pada 1.. saya tetap memakainya.

Saya bertukar kepada Safi Balqis.produk nie saya pakai sampai saya pregnant anak ke 2. Ada lah dekat 3 tahun mengunakan. Bila umur dah dekat 30an.. Jeragat menghantui diri. Bila ia mula tumbuh di muka. Memang susah nak tanggalkan.Jadi kite kene cegah sebelum ia keluar. Saya tukar pulak kepada SAFI RANIA GOLD. kali nie saya mengunakan produk PENCUCI MUKA,TONNER, SERUM, KRIM KECANTIKAN, Sekarang saya pakai hampir setahun. 


Saya sangat berpuas hati dengan produk Safi Rania Gold. Kulit saya terasa segar dan cerah.. Tukar produk lain?? tak mungkin kot. Kalau tukar pon hanya keluaran Safi jugak. 


Bila umur nak masuk 30an nie. Baru lah nak belajar pakai blusher lah.. celak lah.. sebelum nie tak penah ambik tahu pon.. sampai en suami pon tegur.. heheheh tapi bukan selalu pkai.. time ade function jerk pkai.. Macam panjang jerk membebel kali nie.. 


(BUDAK BARU BELAJAR..)


Isnin, 21 September 2015

TERTIPU DENGAN LAZADA


ASSALAMMUALAIKUM.. 


Kalau kita tenguk jam kat atas.. mesti nampak mewah nampak origanal. Kita mesti teruja nak memiliki. setelah melihat harga selepas discount. Mana tak nya dari harga ratusan ringgit selepas tolak discount harga tinggal belasan ringgit jerk. Bila order overseas punyer, sebulan baru sampai.. Memang coform lah kan origanal...



Sebulan dah berlalu.. sampai jugak jam tue kat tangan. jawapannya hancur hati nie.. bile dapat jam tue made in china. kenapa lazada tak tulis jerk made in china ngan harga murah. Kenapa mesti nak letak harga ratusan ringgit. tolak discount tinggal belasan ringgit. Kenapa mesti nak gula-gulakan customer.. memang kecewa giler ngan lazada.. nasib tak order jam baby G. klau order jam baby G harga ratusan tinggit. mau aku tak guling2 kat ofis nie.. sebab tertipu.. 



( BUDAK BARU BELAJAR )





Ahad, 20 September 2015

WEDDING EX-CLASSMATE

 SELAMAT PENGANTIN BARU HAMIDAH & SUAMI


19/09/2015 - Tahniah kawan... selamat pengantin baru. setelah 10tahun tak berjumpa. Akhirnya kita jumpa disini. rasanya nie penutup kot.. majaroti semua dah berkeluarga..


Thema JDT.. memperkenalkan budaya Johor kepada keluarga sebelah suami pengantin .. Keluarga penganti lelaki adalah  orang Pahang.. jadi dia kene ikut budaya Johor. pengantin lelaki berpakaian baju melayu teluk belanga semasa nikah.. 

(BUDAK BARU BELAJAR)

Khamis, 17 September 2015

Jejalan Hello Kitty


18/09/2015 - Hari nie lunch aku g merayap kat Hello Kitty. Sekadar memecahkan lemak.. 


Sampai jerk , kiteorg terus selfie selpot... memacam gaya.. kiteorg jalan jugak dekat Mall dy.. yang aku perasan ade Old Town White Coffee, starbucks, Sushi King, dan lain2. Bagi aku tempat nie sesuai untuk orang bercinta kot.. sebab sunyi jerk.. tenang jerk. klau ajak laki aku coform reject. bukan jiwa dy kan.


kiteorg masuk jugak lah butik hello kitty.. amboi harga dy, mahal giler... inshallah klau ada rezeki ak nak bawak puteri2 aku.. mesti kakak suke.. dy memang minat giler hello kitty. 

Nie lah serba ringkas tentang puteri harbour..bagi aku BOLEH LAH...



KAROSEL WATERPARK


Nie ank dara aku Nana, geram jerk aku bila nak selP dy buat muka macam tue taw...yelah org tak sabo nak mandi


Tempatnya tak lah beso sangat boleh lah untuk budak2.. tak silap tiket dy 2dewasa sorg kanak rm45. pakej katanya. Yang bestnya kite boleh kuar masok taw.. klau tak mandi harga rm10.. oklah kan



Tengok si kenit tue.. suke betol dy dapat main air.. bukan reti sejuk.laju jerk kaki dy main air.



tak banyak yang aku kongsikan.. hanya family kecik kami jerk ..





DINNER & MEETING EX5

9/08/2015- Gemang, Bon, Kuyel, Aman, Leman nie ada nama kekawan sejak sekolah lagi. dari merempit samapi dah beranak penak. dyorg stay bersama. Bini-bini pon dah jadi bestfreind


 Selalu boboy jerk yang ngeteh tiap pepagi ahad kat warong mariono.. warung paling fames kat kampng aku. tapi kali nie dyorg ajak lepak ajak bini-bini sebab ada agenda.


Dah puas melantak kat steambot Rawa, teruskan agenda.. tpi dalam meeting nie kurang 2 orang sebenarnya.. kite terus kan sebab dyorg akan berhubung melalui wasep groub.


HOLIDAY!!!!!. dyorg nak buat member trip.. lokasi??? sebelom meeting nie sebnar bini-bini dah search en google cari lokasi ..antara lokasi yg kite syorkan.. pulau tioman.. pulau pinang.. pulau harimau..semua kene reject dengan boboy. tak mencabar katany..

LAST WORLD OF TAMBUN rasanya masing-masing belom sampai lagi. boboy pon setuju.. scheduel kiteorg gerak malam sampai terus ker tambun bermalam dekat cameron.. nak mood honeymoon katanya. 

~TUNGGU DAN LIHAT~