Selasa, 29 September 2015

HOBI SUAMI KU

ASSALAMMUALAIKUM...

     Tetiba rasa macam nak update tentang minat suamiku.. nak update makanan aku tak reti masak. Jadi update lah tentang minat suamiku. Aku mengenali suami ketika itu dia hanya mengunakan motor honta ex5, mat rempit katakan. Suami ku membeli kereta selepas kami bertunang. kereta masa baru-baru kuar kedai warna hitam. wira standent. itu ajer suami ku mampu. 
Wira Libero (sekarang dah tukar bonet evo)

  Orang kata jiwa muda, macam-macam dia buat kat kereta tue. mula-mula dia tukar bodypart lancer. lepas tue dy tukar cermin belakng ade wiper. Stop sekejap dari beli barang kereta sebab nak kawen.
Wira Evo III

     Ingat lepas kawen stop, dia sambung balik minat dy. Dia tukar lagi bodypart Evo III, harga dia boleh tahan jugak 2.3k jugak. Nasib lah dia dapat bini yang sporting. lantak lah nak buat apa kat kereta tue. janji jangan lupa tanggungjawab dy. 1 lagi jangan nak merahsia beli barang kereta. Masa beli bodypart nie aku siap temankan dy g hulfcut gi tukar body. bila dah tukar kenelah tukar colour body, sebab dah capok-capok. white lah jadi pilihan dy. Kemudian dy buat keje giler lagi. 1 bulan yang sama, dy beli dasboard aku tak pasti model apa. 

Wira Se

          Kemudia dia tukar selera pulak. Nak pancen katanya. abish dia jual bodypart Evo III. Sendih aku.. sebab aku suka giler bodypart Evo III. sebab nampak garang. tapi bila dy cakap nak cuci tangan tue. aku tak boleh cakap apa lah.


Wira Evo II
     Rupa-rupanya cuci tangan dia sekejab jerk. Sudah ku duga dy tak akan kekal nak pakai standent. Dia akan panas bontot punyer tengok geng2 dia pakai bodypart. dia hanya mampu bertahan 2bulan jerk. terus call member dia suruh carikan bodypart Evo II, aduihai Suami ku... layankan jerk lah...


Wira Lancer

       Pakai Evo II setahun setengah, suamiku berubah angin kepada Lancer balik. tpi lancer nie lebih smart ckit.. ada pulak yg mengajak dia pakai libero. dah pulak berangan-angan nak pakai libero. 
Wira Libero
    Nie lah bodypart sekarang dia pakai. Tak tahu lepas nie dia nak pakai apa pulak. Kalau dah minat kita tak boleh nak cakap apa. Nak beli kereta baru memang belum kemampuan lagilah.. Yang ada nie pon dah bersyukur. Lagi pon aku tengok suami ku tak ada minat pada kereta lain jerk. walau apa pon aku tetap sokong minat dia..Beli lah apa yang dia rasa nak beli (janji jangan mintak aku duit sudah) event ker TT ker ak memang tak minat nak join. pergi lah dia janji pandai bawa status sebagai suami orang. 


*budak baru belajar*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan