Isnin, 26 Oktober 2015

Klimaks Chop & Grill


Assalammualaikum... 
Entry kali pasal makan pulak. Aku memang suka makan. Pantang ada kedai yang menarik . Kali nie kat Klimaks Chop & Grill pasir gudang. 


Nie lah kedai nya.  Aku cuba beberape menu kat kedai dia. bagi aku biasa2 jerk kedai nie.. xde lah yang special. harga standart punya.macam tak berbaloi pulak.


Meatballs nie pon biasa jerk macam kite beli jenis frozen punya.. laki aku cakap, dia pon boleh buat. 



Nie anak dara kecik aku, nmpak air batu, tak pandang air masak dia ea.. pandai mintak dekat ayah dia. sebab kalau mintak ibu memang tak akan dapat. 


Nie menu untuk aku, chiken grill.. nampak tak dia punya sampingan, terlalu sikit. kacang panggang ngan jagung.. brokoli pon nak celur ngan air panas, keras susah nak makan. harga dia rm9.90. 


Ini pulak cik suami punya menu, burger.. rasa dia biasa jerk macam burger kat tepi jalan. cuma tak de lidi cocok jerk. Nie pon tak silap rm10 klau x silap 


Nie untuk Anak dara sulong aku, Nasi lemak hijau, ayam dia sedap, tetap ada aura daun padan.Mungkin tekak aku tak ngam dengan menu dia. klau orang lain aku tak tahu lah.. 



Rabu, 7 Oktober 2015

BUDDIES TRIP : TAMBUN & CAMERON PART II



Assalammualaikum.... kita sambung lagi pasal percutian ku ini. kali nie di cameron pulak. Sampai puncak dalam kol 7. so kiteorang nak walk in dlu. tpi nasib kiterong kurang baik sikit. semua hotel penuh kat Brinchang. Sampai ke Tanah Rata kiteorang cari. 


Jalan terakhir kiteorang memilih apartment. tpi tanah rata tak berapa best. sejuk dia tak sama dengan kawasan Brinchang. kol4 pagi bahang 1 bilik. Bila dah coform dapat apartment, perot pon dah berbunyi . sebab last makan kat tambun dalam kol 3. Kiteorg jalan ke pasar malam brincang dulu. belanjer apa yang patut. 


Diorang sebok beli Sambal strawbery ikan masin. boleh tahan jugak harga dy. tapi aku tak beli pon. Sebab takot tak makan. Aku nie klau pelik-pelik memang tak makan. Gi makan kat Tanah Rata, punya lah lambat. dekat 1 jam bru sampai. yang peliknya orang yang kendian datang boleh dapat dulu. Konon-konon nak buat alas perot order burger dulu. roti burger pulak abish. memang tak tak de rezeki. 


Kol 9 pagi kiteorang dah siap-siap berkemas. orang dah nak gerak, dia sebok basuh kuali kat dapur. bekas dia panaskan nasi goreng. Sampai diorang gelar laki aku AJK Kebersihan. heheheh laki aku memang pembersih. Singah lah sekejap kat kebun teh.. saje nak tengok daun teh. kietorang set time kol12 mesti dah gerak turun. Singah kat tepi jalan belanjer sayur-sayuran. terus gerak balik. Tepat kol7 sampai Jb. 

Alhamdulillah...

(Budak baru belajar)

Selasa, 6 Oktober 2015

BUDDIES TRIP : TAMBUN & CAMERON PART 1

ASSALAMMUALAIKUM....

Kenangan terindah adalah apabila kite bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. 



2/10/2015 - 10.00 malam, kiteorg bertolak dari JB. Ikut planning nya terus ke Ipoh tapi bila Gemang terus tekan minyak. jadi kita sampai awal kat KL. Jadi bincang-bincang kite terus check in ajer kat kawasan shah alam. cari-cari punya pasal semua full. macam pelik jerk. jumpa jerk 1 hotel bilik family. planning nak shear jerk. sebb tido pon dlm 3,4 jam jerk. Tapi kiteorg macam tertipu jerk dengan tokey tue.. boboy2 pon gi tanya. ada pulak blik. pelikkan . tadi cakap penuh.

kol 7 pagi lepas sarapan kat mamak, kiteorg teruskan perjalanan. sampai jerk RNR (tak pasti kat mane) kereta problem. tak boleh laju 80km/h jerk. So kiteorg call owner, dy cakap turun tol bidor. ade bengkel. sementara menunggu kereta siap. sarapan kali 2. mee kari super sedap. sedap dan murah .. patut lah ramai orang kat situ. semangkuk cume rm3.50 jerk. 


Sampai jerk kat pintu tambun waterpark, terus selfie, Yang boboy lagi 2 orang tue excited sangat terus nak beli ticket. sorry lah beb.. wa selfie dulu.hahahah


Ok.. beli ticket rm65 sorang, kalau ade kad petronas mesra ade discount. semua muka excited sebenarnya. lagi-lagi laki aku.. 



Yeah.. dah masuk, tempat yang sangat cantik. Unik, ala-ala dekat pekan koboi. cuaca pon tidak lah panas.. dengan latar belakang batu kapur dan huatn-hutan



Sebelom membasahkan baju, kiteorang jejalan lah kawasan, 1st kite gi tasek yang ada itik kayuh tue.. ingat nak naik. rupanya kene bayo. rm6. so kiterog bagi ikan makan jerk. beso-beso betol ikan kat situ. 


Dah penat jalan kiteorang naik kereta api pusing-pusing kat kawasan itu 


Nampak roller coaster hehehe bini-bini semangat nak naik, tapi yang boboy semua takot. Nak tak nak terpaksa boboy layankan jugak. Malu lah beb bini naik laki tunggu kat bawah. hehehe.


Dah puas mandi perut kelaparan kiteorang nak makan nasi. Mencari lah kiteorang kat foodcourt. Tapi harga dia cukup mahal. nasi ayam rm10.90, Nasi ayam penyit rm11, air mineral rm4.Giler tak mahal. Nie aku belanjer Selfie sebelom aku berangkat ke Cameron highland.






Selasa, 29 September 2015

HOBI SUAMI KU

ASSALAMMUALAIKUM...

     Tetiba rasa macam nak update tentang minat suamiku.. nak update makanan aku tak reti masak. Jadi update lah tentang minat suamiku. Aku mengenali suami ketika itu dia hanya mengunakan motor honta ex5, mat rempit katakan. Suami ku membeli kereta selepas kami bertunang. kereta masa baru-baru kuar kedai warna hitam. wira standent. itu ajer suami ku mampu. 
Wira Libero (sekarang dah tukar bonet evo)

  Orang kata jiwa muda, macam-macam dia buat kat kereta tue. mula-mula dia tukar bodypart lancer. lepas tue dy tukar cermin belakng ade wiper. Stop sekejap dari beli barang kereta sebab nak kawen.
Wira Evo III

     Ingat lepas kawen stop, dia sambung balik minat dy. Dia tukar lagi bodypart Evo III, harga dia boleh tahan jugak 2.3k jugak. Nasib lah dia dapat bini yang sporting. lantak lah nak buat apa kat kereta tue. janji jangan lupa tanggungjawab dy. 1 lagi jangan nak merahsia beli barang kereta. Masa beli bodypart nie aku siap temankan dy g hulfcut gi tukar body. bila dah tukar kenelah tukar colour body, sebab dah capok-capok. white lah jadi pilihan dy. Kemudian dy buat keje giler lagi. 1 bulan yang sama, dy beli dasboard aku tak pasti model apa. 

Wira Se

          Kemudia dia tukar selera pulak. Nak pancen katanya. abish dia jual bodypart Evo III. Sendih aku.. sebab aku suka giler bodypart Evo III. sebab nampak garang. tapi bila dy cakap nak cuci tangan tue. aku tak boleh cakap apa lah.


Wira Evo II
     Rupa-rupanya cuci tangan dia sekejab jerk. Sudah ku duga dy tak akan kekal nak pakai standent. Dia akan panas bontot punyer tengok geng2 dia pakai bodypart. dia hanya mampu bertahan 2bulan jerk. terus call member dia suruh carikan bodypart Evo II, aduihai Suami ku... layankan jerk lah...


Wira Lancer

       Pakai Evo II setahun setengah, suamiku berubah angin kepada Lancer balik. tpi lancer nie lebih smart ckit.. ada pulak yg mengajak dia pakai libero. dah pulak berangan-angan nak pakai libero. 
Wira Libero
    Nie lah bodypart sekarang dia pakai. Tak tahu lepas nie dia nak pakai apa pulak. Kalau dah minat kita tak boleh nak cakap apa. Nak beli kereta baru memang belum kemampuan lagilah.. Yang ada nie pon dah bersyukur. Lagi pon aku tengok suami ku tak ada minat pada kereta lain jerk. walau apa pon aku tetap sokong minat dia..Beli lah apa yang dia rasa nak beli (janji jangan mintak aku duit sudah) event ker TT ker ak memang tak minat nak join. pergi lah dia janji pandai bawa status sebagai suami orang. 


*budak baru belajar*


Selasa, 22 September 2015

SAFI TETAP DIHATI KU...



ASSALAMMUALAIKUM... 


Produk apa yang menjadi pilihan anda? Sekarang di pasaran sudah bermacam-macam produk seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saya tidak pernah pulak mencuba. Takot kalau tak serasi muka lagi teruk.. (dah lah muka memang tak cantik) Saya seorg yang sangat simple. Seperti gambar di atas make up yang wajib saya pakai. pencuci muka & tonner tidak ada dalam gambar.

Saya mengunakan produk safi sejak saya pregnant anak sulong 7tahun yang lepas. Tapi dulu saya hanya mengunakan safi krim kecantikan lidah buaya ngan pencuci muka gamat sahaja. kawan yang mensyorkan


PENCUCI MUKA GAMAT
KRIM KECANTIKKAN
Setelah 4tahun mengunakan produk safi lidah buaya. Saya bertukar lagi.tpi masih lagi dari Safi. Ketika saya mengunakan nie sebenarnya saya tidak nampak apa-apa perubahan. Tapi saya nie jenis setia pada 1.. saya tetap memakainya.

Saya bertukar kepada Safi Balqis.produk nie saya pakai sampai saya pregnant anak ke 2. Ada lah dekat 3 tahun mengunakan. Bila umur dah dekat 30an.. Jeragat menghantui diri. Bila ia mula tumbuh di muka. Memang susah nak tanggalkan.Jadi kite kene cegah sebelum ia keluar. Saya tukar pulak kepada SAFI RANIA GOLD. kali nie saya mengunakan produk PENCUCI MUKA,TONNER, SERUM, KRIM KECANTIKAN, Sekarang saya pakai hampir setahun. 


Saya sangat berpuas hati dengan produk Safi Rania Gold. Kulit saya terasa segar dan cerah.. Tukar produk lain?? tak mungkin kot. Kalau tukar pon hanya keluaran Safi jugak. 


Bila umur nak masuk 30an nie. Baru lah nak belajar pakai blusher lah.. celak lah.. sebelum nie tak penah ambik tahu pon.. sampai en suami pon tegur.. heheheh tapi bukan selalu pkai.. time ade function jerk pkai.. Macam panjang jerk membebel kali nie.. 


(BUDAK BARU BELAJAR..)


Isnin, 21 September 2015

TERTIPU DENGAN LAZADA


ASSALAMMUALAIKUM.. 


Kalau kita tenguk jam kat atas.. mesti nampak mewah nampak origanal. Kita mesti teruja nak memiliki. setelah melihat harga selepas discount. Mana tak nya dari harga ratusan ringgit selepas tolak discount harga tinggal belasan ringgit jerk. Bila order overseas punyer, sebulan baru sampai.. Memang coform lah kan origanal...



Sebulan dah berlalu.. sampai jugak jam tue kat tangan. jawapannya hancur hati nie.. bile dapat jam tue made in china. kenapa lazada tak tulis jerk made in china ngan harga murah. Kenapa mesti nak letak harga ratusan ringgit. tolak discount tinggal belasan ringgit. Kenapa mesti nak gula-gulakan customer.. memang kecewa giler ngan lazada.. nasib tak order jam baby G. klau order jam baby G harga ratusan tinggit. mau aku tak guling2 kat ofis nie.. sebab tertipu.. 



( BUDAK BARU BELAJAR )





Ahad, 20 September 2015

WEDDING EX-CLASSMATE

 SELAMAT PENGANTIN BARU HAMIDAH & SUAMI


19/09/2015 - Tahniah kawan... selamat pengantin baru. setelah 10tahun tak berjumpa. Akhirnya kita jumpa disini. rasanya nie penutup kot.. majaroti semua dah berkeluarga..


Thema JDT.. memperkenalkan budaya Johor kepada keluarga sebelah suami pengantin .. Keluarga penganti lelaki adalah  orang Pahang.. jadi dia kene ikut budaya Johor. pengantin lelaki berpakaian baju melayu teluk belanga semasa nikah.. 

(BUDAK BARU BELAJAR)